Kuntilanak 2 melanjutkan kisah perjalanan hidup Sam, atau Samantha (Julie Estelle). Sam menyedari bahawa di dalam dirinya ada kekuatan jahat yang boleh memanggil Kuntilanak, dan membawa maut kepada sesiapa sahaja. Kekuatan jahat ini semakin lama semakin mempengaruhi Sam, dan mengubah keperibadiannya. Hanya cinta Agung (Evan Sanders) yang dapat mengembalikan jati diri Sam yang sebelum ini telah semakin banyak yang menjadi korban.
Namun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah, kerana ada pihak lain – sebuah kumpulan aliran sesat – yang ingin merebut Sam, dan menggunakan Kuntilanak sebagai perantaraan mereka. Mampukah Sam melawan kumpulan ini tanpa menggunakan kekuatan yang ada dalam dirinya?
Message:
Perwatakan
JULIE ESTELLE
Tidak pernah gagal membawakan peranan apapun yang diberikan kepadanya. Dalam usianya yang sangat muda, Julie Estelle sudah pernah memikat hati dua jejaka sekaligus dalam film Alexandria (2005), menaklukkan setan dalam Kuntilanak (2006), serta merebut kembali cinta sejatinya dalam Selamanya … (2007). Penampilannya yang bersahaja membuat semua filem tersebut laris. Kini, Julie Estelle akan membawakan sebuah karakter yang lebih baik lagi dalam filem Kuntilanak 2.
EVAN SANDERS
Sudah mula dikenali menerusi filem Dealova (2005), serta Kuntilanak (2006). Selain itu, golongan remaja di seluruh Indonesia juga pernah mengenalinya sebagai seorang VJ MTV. Evan Sanders akan membuktikan kekuatan cinta dalam filem Kuntilanak 2.